iPajak

Petua untuk pajak gadai di Malaysia

Apakah yang anda perlu berwaspada semasa berurusan dengan Kedai Pajak Gadai?
Janganlah risau, kami telah menyediakan beberapa petua yang berguna di bawah untuk anda.

  1. Mengetahui nilai barang anda
    Mengetahui nilai semasa barang yang ingin dipajak membantu anda memahami jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh sesebuah kedai pajak itu sama ada adil. Anda boleh berbincang dengan kedai pajak untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi jika tawaran adalah rendah.

  2. Pengukuran dan rekod atas resit pajak
    Jika anda pajak cincin emas atau barang kemas, sila memastikan berat barang tersebut diukur dan direkodkan atas resit pajak. Ia adalah untuk meyelakkan kes barang emas yang kurang berat masa barang ditebuskan.

  3. Membuat Panggilan Dulu untuk memastikan minat kedai pajak gadai atas barang anda
    Di Malaysia, kebanyakkan kedai pajak gadai hanya menerima emas dan barang kemas. Adanya sebilangan kedai yang menerima jam tanggan mewah, beg berjenama, barangan elektronik, dan benda lain yang bernilai. Jika anda tidak pasti barang anda boleh dipajak, panggilan yang cepat mungkin boleh menjimatkan masa dan kos anda.

  4. Dapatkan jumlah pinjaman yang diperlukan sahaja
    Jumlah Pinjaman daripada kedai pajak adalah fleksible. Jika anda hanya memerlukan RM 5,000 maka dapat ditawarkan RM 7,000, anda boleh memohon untuk dapatkan RM 5,000 sahaja. Jumlah pinjaman yang berlebihan akan menghasikkan faedah yang lebih dan tidak diperlukan.

  5. Resit Pajak yang berbeza
    Jika anda mempunyai lebih daripada 1 barang untuk dipajak, mohonlah pengeluaran resit yang berbeza. Kenapa? Ia adalah untuk memudahkan penebusan barangan anda apabila anda tidak dapat memulangkan sepenuhnya. 2 senario diberikan di bawah.

    • Senario A: Resit Pajak yang berbeza

      Sekiranya anda tidak dapat memulangkan sepenuhnya pada tempoh akhir pinjaman, anda masih boleh menebuskan sesetengah barang dengan wang yang sedia ada.

       

    • Senario B: Satu Resit Pajak
    • Sekiranya anda tidak dapat memulangkan sepenuhnya pada tempoh akhir pinjaman, barangan akan dilelongkan oleh kedai pajak.

If you’re looking for a pawn shop, don’t hesitate to find us – iPajak. We could offer you the high-value pawn loan. Check out the nearest branch now.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

4 × 4 =