Panduan Lengkap Tentang Pajak Gadai Emas 916 & Harga Terkini

Definisi Pajak Gadai

Pajak gadai adalah satu bentuk pinjaman jangka pendek yang menggunakan barang berharga seperti emas, jam tangan berjenama dan berlian sebagai cagaran. Konsepnya mudah, anda menyerahkan barang kepada kedai pajak, dan sebagai balasan, anda menerima wang tunai berdasarkan nilai semasa barang tersebut. Jika anda membayar semula pinjaman bersama faedah dalam tempoh tertentu, anda boleh menebus kembali barang anda.

Apa yang menarik tentang pajak gadai ialah ia tidak memerlukan semakan kredit seperti pinjaman bank. Sesuai untuk individu yang memerlukan wang segera tanpa proses rumit. 

Proses Pajak Gadai di iPajak Malaysia

Proses pajak gadai biasanya sangat cepat dan mudah. Anda hanya perlu; 

  1. Membawa barang ke kedai pajak berlesen (emas, berlian, jam tangan mewah)
  2. Staf akan menilai nilai barang tersebut berdasarkan berat, ketulenan, dan harga pasaran semasa. 
  3. Anda akan ditawarkan jumlah pinjaman tertentu, biasanya sekitar 70% hingga 90% daripada nilai barang. 
  4. Jika anda bersetuju, anda akan menerima tiket pajakan dan wang tunai dalam masa beberapa minit sahaja. 
  5. Tempoh pinjaman sekitar 6 bulan

Harga Pajak Gadai Emas 916 Terkini 2026

Purata Harga Emas 916 di Kedai Pajak di Malaysia

Harga pajak gadai emas 916 di Malaysia sentiasa berubah mengikut harga emas global dan kadar pasaran tempatan. Berdasarkan data terkini, kadar pajakan emas 916 biasanya berada dalam lingkungan:

  • RM416 โ€“ RM465 per gram 

Ini menunjukkan bahawa nilai pajakan boleh berbeza dengan ketara bergantung kepada kedai dan promosi semasa.

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Pajak

Harga pajak emas tidak statik. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti:

  • Harga emas dunia โ€“ apabila harga emas naik, nilai pajakan juga meningkat
  • Ketulenan emas (916 vs 999) โ€“ emas 999 biasanya lebih tinggi nilainya
  • Berat emas โ€“ lebih berat, lebih tinggi nilai pinjaman

Harga emas seperti harga minyak, ia sentiasa turun naik. Jadi, masa anda gadai juga memainkan peranan besar dalam menentukan berapa banyak wang yang anda boleh dapat. Digalakkan untuk menjual pada harga emas sedang tinggi.

Jenis Jam Tangan Mewah Yang Diterima di iPajak

Bukan hanya emas,kami juga menerima jam tangan mewah untuk digadai seperti; 

Jam seperti Rolex sering mempunyai nilai tinggi kerana permintaan pasaran yang stabil.

Nilai Pajakan Jam Berjenama

Nilai pajakan jam bergantung kepada:

  • Jenama dan model
  • Keadaan fizikal
  • Kotak dan sijil asal

Semakin lengkap aksesori, semakin tinggi nilai pinjaman yang boleh anda dapat.

Tips Dapat Harga Tinggi

Untuk mendapatkan nilai pajakan terbaik:

  • Bandingkan beberapa kedai
  • Gadai ketika harga emas tinggi
  • Sertai program loyalti jika ada

Kelebihan dan Kekurangan Pajak Gadai

Kelebihan

Pajak gadai sangat popular kerana:

  • Proses cepat (kadang-kadang 5 minit sahaja)
  • Tiada semakan kredit bank
  • Fleksibel untuk keperluan kecemasan

Risiko dan Kekurangan

  • Faedah boleh meningkat
  • Barang boleh hilang jika tidak ditebus
  • Nilai pinjaman biasanya lebih rendah daripada nilai sebenar

Pajak gadai merupakan solusi kewangan yang cepat, mudah, dan fleksibel, terutamanya bagi mereka yang memerlukan wang segera tanpa proses bank yang rumit. Dengan harga pajak emas 916 yang boleh mencecah antara RM416 hingga RM500 per gram bergantung kepada kedai dan promosi, ia menjadi pilihan popular di Malaysia.

FAQs

Biasanya sekitar RM416 hingga RM500 per gram bergantung pada kedai dan promosi semasa.

Tidak semua, tetapi kebanyakan kedai moden menerima jam berjenama seperti Rolex.

Sekitar 1.5% hingga 2% sebulan di Malaysia.

Biasanya 6 bulan, tetapi boleh dilanjutkan dengan bayaran faedah.

Barang akan dilelong oleh pihak kedai selepas tempoh tertentu.

Jika anda sedang mencari kedai pajak gadai, jangan teragak-agak untuk mengunjungi kami – iPajak. Kami boleh menawarkan pinjaman gadai janji bernilai tinggi. Semak cawangan terdekat sekarang.

Terma & Syarat